Olih sebab gangguan hormon perangsang telor iaitu FSH dan LH, maka peroses permatangan telor yang biasa berlaku dalam ovary menjadi terganggu. Biasanya peroses pematangan telor berlaku sejurus darah haid mula turun. Dari sel benih (germ cell) dalam ovary , ia membentuk karung telor atau follicle yg kan membesar selama 13-16 hari sehingga karung felor in mencapai saiz 20 mm.
Pembesaran karung telor dirangsang olih hormon FSH. dan dalam folicle ini ada ovum atau benih. Apabila mencapai saiz 20 mm pada hari ke14, follicle ini pecah dan mengeluarkan ovum saperti benih biji getah bila buahnya pecah, biji2 terkeluar dari karung buah tersebut.
Pada hari ke14 ovulation berlaku dan ovum bersedia untuk disenyawa/fertilize.
Malangnya pesakit PCOS tak dapat mencapai tahap ovulation dam peroses pematangan telor terganggu dan terhenti pada peringkat saiz follicle 4-5 mm saja, jadi telor tak bolih matang dan ovulation tak berlaku.
Peroses ini berlaku berulang2 saban bulan sehingga bertimbun follicle2 dalam ovary menjadikan ovary bengkak. Bila tak ada ovulation, haid pun tak datang.
Mengapa peroses pematangan telor ini terganggu? Punca ada cacat baka (chromosome dan gene) dan lain toksin serta gangguan biokimia dalam tubuh badan yg sering gemok dan mengalami insulin resistant.