04 September 2012

JENIS / KATEGORI CYST

JENIS / KATEGORI CYST

FOLLICULAR CYST
mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. tidak perlu dibedah

CORPUS LUTEAL CYST
bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan keh...
amilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan

HEMORRHAGIC CYST
cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. perlu pembedahan cemas

RUPTURED OVARIAN CYST
menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas

ENDOMETRIOTIC CYST OVARY
mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim. perlu dibedah

DERMOID CYST OVARY ATAU TERRATOMA
mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. perlu dibedah

Credit to: WANNURA TERAPI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...