06 September 2012

APA ITU CHLAMYDIA TRACHOMATIS

Chlamydia trachomatis 

Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan pesakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Simptom dan tanda-tanda. 
Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simptom-simptom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.

Komplikasi
Chlamydia Infeksi boleh 'naik' ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang kronik. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...