24 September 2012

MASALAH KEPUTIHAN

Keputihan di miss V yang serius..boleh dialami oleh anak dara dan wanita yang sudah berkahwin..cegah sebelum parah

Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ TIUB FALLAPIO dan UTERUS seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputiha

n untuk hamil. Ia menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan akan menyebabkan risiko KEHAMILAN EKTOPIK (ECTOPIC PREGNANCY)

Dalam istilah perubatan, perkara sebegini adalah lebih dikenali sebagai “Pelvic Inflammatory Disease (PID)”. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda. Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh akan menyebabkan kerosakan pada TIUB FALLOPIO.Jika berlaku kerosakkan begini maka risiko untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah sangat tipis sekali. Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang keputihan ini daripada dijangkiti. Dan jika kita sudah dijangkiti keputihan, kita perlu merawatnya dengan kadar yang segera.Oleh itu segeralah merawat masalah keputihan jika anda telah dijangkitinya, jangan menganggap perkara ini terlalu mudah atau remeh kerana kesannya keatas kehidupan anda amatlah besar. Jika sekarang ini anda masih belum lagi hamil walaupun telah berkahwin lebih dari 2 tahun , kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh masalah keputihan. Dengan adanya rawatan yang berkesan, saya pasti ia mampu menghilangkan keputihan dan meningkatkan semula peratusan anda untuk hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...