21 September 2012

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HAID TIDAK TERATUR

Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehing
ga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Masalah Organ Reproduksi

Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Ada banyak faktor yang menyebabkan haid tak teratur. Antaranya ialah: 

1. Berat badan tak stabil . Kalau badan anda senang naik,secara automatik hormon anda tidak stabil. Bila hormon tidak stabil, haid susah datang. Darah kotor dalam badan susah nak dibuang. Jadi kita harus jaga pemakanan dari usia remaja dan kanak-kanak. Cara terbaik ialah turunkan berat badan secara sihat.
2. Pola makan . Selalu jadi pada mereka yang amalkan diet secara tidak sihat . Jika terlalu obses dengan diet dan badan kurang mendapat zat-zat yang sepatutnya, sistem badan akan berubah dan ini akan menyebabkan period tidak teratur.

3. Melakukan aktiviti yang berat. Wanita tidak boleh buat kerja yang berat ketika period semakin hampir. Contohnye tebang pokok besar, angkat beras 20kg, angkat tong gas dan aktiviti-aktiviti berat yang lain. Namun anda harus mengamalkan senaman yang ringan seperti berjogging atau berbasikal kerana ia mampu melancarkan perjalanan darah.

4. Stress. Jika anda selalu tertekan dan mempunyai penyaki-penyakit yang lain, anda akan mengambil ubat-ubatan dan ini salah satu punca hormon tidak stabil dan haid akan datang lambat.

5. Menyusu. Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, kadang-kadang haid susah nak teratur.

6. Masalah kesihatan. Masalah bila telur kurang matang, ovum akan tidak lepaskan telur . Masalah kesihatan yang lain juga punca mengapa period anda menjadi tidak teratur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...