28 July 2013

KEGUGURAN

KEGUGURAN

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim. 

Sebab Keguguran 

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko Keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Merokok
~ Hormon yang tidak seimbang
~ Jangkitan kuman
~ Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid
~ Terdedah pada radiasi dengan banyak
~ Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
~ Demam yang tersangat panas
~ Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
(
) Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
(
) Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
(
) Pendarahan yang berketul-ketul
(×) Sakit perut berpanjangan
(
) Keluar lendir yang berbau dari faraj
(
) Demam melebihi 38 darjah C

1 comment:

Mimi Anasthetic said...

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN,KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...