21 November 2012
15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS
Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar.
Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini.
Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan. Tidak mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.
Namun begitu sebelum terlintas berbagai lagi anggapan buruk di fikiran, anda seharusnya menyedarkan diri. Fikirkan dahulu kemungkinan penyebabnya sebelum bersangka yang bukan-bukan tentang diri suami anda. Sebagai isteri anda hendaklah peka dengan perubahan suami dan tidak terus membuat tuduhan melulu. Perhatikan faktor di bawah kerana ia mungkin menjadi penyebabnya :
1 Keletihan
Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.
2 Faktor kesihatan
Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.
3 Tidak selesa
Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.
4 Perjalanan jauh
Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.
5 Terlalu kerapAda juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.
6 Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.
7 Kurang tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.
8 Tekanan atau stres
Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.
9 Kadar hormon
Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.
10 Takutkan keintimanMungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.
11 Masalah identitiApabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.
12 Hati tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.
13 Berbeza pendapatLelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza mendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.
14 Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.
15 Fungsi seksual terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
leave ur msg here
saya seorang isteri yg kini dah 3 tahun berkahwin,berumur 23 tahun...saya seorang yg secara lumrahnya mmpunyai keinginan nafsu yg normal seperti wanita muda yg lain tetapi bukan untuk merendahkan martabat suami,cuma kadang terkecewa kerana keinginan tidak dilayan...bole dikira waktu bersama toh seperti 2,3 kali sebulan...toh pun susah...paling bnyak pon 4 kali....apa yg perlu saya buat untuk suami saya ni?umurnya kini 35tahun....
Ya ampun sama q jg wanita yg mendaptkn suami sperti itu pdahal suami sy msh umur 32thn
Lbh parah suami sy mungkin sebulan ja skli knp ya?
Post a Comment